Home Artikel PAS Johor

Garap Info ‘First Hand’ – Senator Ustazah Nuridah

673
SHARE

Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

JOHOR : Mengiktiraf perjuangan muslimat,  Senator Ustazah Nuridah Salleh menyifatkan tugas menegakkan Islam adalah tanggungjawab semua.

Gejala futur (bermalas-malasan) mahupun sikap tidak puas hati dengan pimpinan berpunca daripada kegagalan para ahli mendapatkan sumber ‘first hand’ dari pimpinan pusat.

Lantaran hal itu, timbulnya pelbagai spekulasi negatif dalam kalangan para ahli sehingga membibitkan keraguan akan kepimpinan PAS.

Umum menyedari PAS yang berteraskan Islam dalam perlembagaannya sudah pasti memandang setiap isu dari perspektif Islam begitu juga dengan penyelesaiannya.

Justeru, bagi mendalami strategi dakwah dan politik PAS ini, ahli digesa hadiri program ilmu seperti usrah dan merujuk kepada kenyataan rasmi parti.

“Penyakit sebegini harus dirawat dengan usrah dan penganjuran seperti ini.” Ujar beliau di program Munaqashah Ucaptama Ketua Muslimat PAS Malaysia di sini.

“Ingatlah tanggungjawab dalam mendaulatkan Islam diperintahkan Allah untuk kita laksana dalam tempoh sekejap sahaja sebelum kita kembali ke alam baqa.” Katanya ketika mengulas mengenai hakikat sebenar kehidupan mukmin.

Dalam pada itu, beliau mensasarkan seluruh muslimat Johor mampu istiqomah dalam perjuangan ini meskipun terdapat halangan dalam pelaksanaan.

Umum mengetahui, landskap politik di Johor menuntut gerak kerja maksima lantaran latar belakang penduduknya yang rata-rata belum dapat mengenali sisi baik PAS dengan lebih dekat.