Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Shah Alam
Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi
Shah Alam | Melihat perkembangan semasa bilamana pihak kerajaan mengumumkan PKP bersambung lagi 2 minggu, sudah tentu sebahagian ahli masyarakat berdepan dengan kekangan pendapatan bahkan termasuk keperluan hidup.

Markaz PAS Seksyen 18 Shah Alam mengambil inisiatif mewujudkan “Food Bank” mengumpul sumbangan bahan keperluan harian termasuk sumbangan wang ringgit untuk disalurkan kepada mereka yang benar-benar terputus bekalan makanan.

Usaha ini sebagai satu tanggungjawab sosial bahkan diperintah oleh agama agar menjaga keperluan dan peduli soal kejiranan yang menghadapi kesusahan. Semoga usaha ini diterima oleh Allah SWT.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor