Home Berita PAS Selangor

Fitnah : buat cerita yang bukan-bukan – Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor

91
SHARE

May be an image of 2 people, headscarf and text that says "my Metro Metro RASA BERITA SEBENAR Abu Talib bersama Prof Muhaya. Kuala Lumpur: "Dahsyat kuasa fitnah ni. Klip 56 saat dari sesi asal 45 minit, cukup untuk merosakkan." Itu kata pengacara dan personaliti TV Abu Talib Husin susulan kenyataan pakar motivasi, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad yang mencetuskan kontroversi iaitu mengenai wanita yang perlu 'buat-buat bodoh' jika ingin"

Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor Us Shafie Ngah | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Ustaz Shafie Ngah
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor

Hanya orang yang kena sahaja tahu betapa peritnya menanggung derita panahan fitnah. Hari ini fitnah semakin menjadi-jadi. Sudah di-normalisasi. Bagi sebahagian orang fitnah baginya adalah makanan ruji. Malah, ada yang menjadikan kerja fitnah sebagai profesi.

Ketahuilah,

Fitnah boleh menyebabkan dua orang sahabat bercakaran sesama sendiri. Fitnah boleh menyebabkan suami isteri bercerai berai. Fitnah boleh menyebabkan adik beradik putus silaturrahim. Fitnah boleh menyebabkan dua negeri bermusuh-musuhan.

Itulah bahana fitnah.

Ramuan utamanya adalah air liur iblis. Bau dan hanyirnya boleh menjalar ke urat nadi seluruh pelusuk kampung dan negeri. Sakit dan pedihnya memusuk ke benak sanubari.

Isteri Nabi Saidatina Aisyah (RA) pernah kena panahan fitnah. Akibatnya jiwa Nabi sakit, kepala Nabi sakit, fikiran Nabi sakit, perasaan Nabi sakit. Saidatina Aisyah dipulau, Saidatina Aisyah dipandang sinis, Saidatina Aisyah dilihat jelek. Malah lebih dari itu, masyarakat sekitar Nabi menjadi murung tidak keruan.

Itulah fitnah. Justeru, sudah-sudahlah berbuat fitnah. Berhenti dan bertaqwalah kepada Allah.

Di dalam hadith, kalimah-kalimah ‘namam’ atau ‘qattat’ digunakan, yang mana oang Melayu memahaminya dengan satu maksud sahaja iaitu fitnah.

Sabda Nabi SAW;

لا يدخل الجنة قتات

“Tidak kan masuk syurga pembuat fitnah”
(hadith muttafaq ‘alaih)

Wahai penderita panahan fitnah, bersabarlah. Jika kamu bersabar, balasannya ada syurga.

Wahai pencerita pembuat fitnah, berhenti dan bertaubatlah. Jika kamu tidak berhenti dan bertaubat balasannya adalah neraka.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor