Home Berita PAS Selangor

Keperihatinan PAS Gombak santuni ahli yang dijangkiti Covid-19 – PAS Kawasan Gombak

31
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Saban hari berita melaporkan perkembangan angka status Covid-19 seluruh negara. Sehingga ada dikalangan kejiranan, sanak saudara yang menjadi mangsa. Termasuklah rakan-rakan dalam perjuangan. Barangkali timbul persoalan apa nak di buat bila ada sahabat seperjuangan atau keluarga mereka yang positif Covid-19?.

Prihatinlah dan berusahalah gembirakan mereka. Itulah yang dilakukan oleh PAS Kawasan Gombak melalui Jawatankuasa Khas Covid-19 yang telah menyampaikan sumbangan fasa kedua kepada keluarga-keluarga ahli yang didapati positif Covid-19 baru-baru ini.

PAS Gombak telah mengambil inisiatif mengumpulkan sumbangan dikalangan ahli sebagai tanda kepedulian dan kebersamaan semasa ahli ditimpa ujian terutamanya jika didapati positif Covid-19. Sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan asas telah disampaikan oleh wakil-wakil DUN kepada mereka atau waris yang berkenaan.

Mengikut rekod PAS Kawasan Gombak setakat 15 Jun 2021 seramai 103 orang dikalangan ahli dan keluarga didapati positif dan sebanyak RM 23,700.00 telah dikumpul dan disumbangkan. Dalam menghadapi ujian, sedikit sebanyak ia dapat mereda keresahan hati pesakit dan keluarga dengan keprihatinan PAS Kawasan Gombak ini.

Semoga Allah mengurniakan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya dan dipelihara kita semua dengan keafiatan. Teruskan keprihatinan

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor