Home Berita PAS Selangor

Sumbangan kebajikan dan kecemasan lockdown – PAS Kawasan Kota Raja

120
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kota Raja | Sumbangan kebajikan dan kecemasan lockdown KRCAMALSELANGOR diteruskan masih lagi seperti biasa.

Terdapat 3 buah keluarga yang baru tamat kuarantin ;

1. Sebuah keluarga Istri masalah jantung Dan paru-paru. Suami pesakit kanser. Baru 2 Hari Lepas bebas Dari Kuarantin. Keluarga ini sentiasa dibantu berdasarkan latar Belakang mereka

2. Sebuah Keluarga telah bebas Kuarantin namun Syarikat Di mana Suami bekerja telah menutup Sementara Operasi perniagaan. Keluarga ini putus bekalan Makanan.

3. Sebuah keluarga dengan 2 anak kecil. Memerlukan Bantuan Susu, Pampers Serta Makanan Dalam menghadapi Pasca kuarantin Dan tiada pendapatan.

Terdapat 2 buah keluarga lagi yang sedang proses kuarantin di rumah. Kebajikan Sukarelawan juga diberi perhatian. KRCAMALSELANGOR turut menyumbangkan Kit Kebajikan kepada Pn Nirmala Dewi, Relawan Amal Istiqomah.

Situasi Pendamik menuntut kecaknaan organisasi Kebajikan PARTI Dan NGO Kemanusiaan. InsyaAllah sebarang aduan atau kesulitan, Sila hubungi : 011 5309 2056 Ust Mohd Yusof Abdullah.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor