Home Berita PAS Terengganu

Festival Sedaya Vintage Dungun 2.0 : Hiburan patuh syariah

49
SHARE

DUNGUN – Festival Seni, Dakwah dan Budaya(SEDAYA) Vintage Dungun 2.0 membuktikan Islam tidak menyekat penganutnya untuk berhibur tetapi mestilah menepati syariah.

Yang Dipertua PAS Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata seni dan hiburan diterima dalam Islam sekiranya tidak bercanggah yang membawa kepada ketaatan kepada Allah dan Rasul.

“Maka mana – mana umat yang tidak kembali kepada Allah dan RasulNya dia akan menjadi umat yang binasa dan rosak,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Dungun menyatakan demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup festival yang diadakan selama tiga hari di Dewan Arena Merdeka di sini pada 19 Mac lalu.

Antara Ahli Jawatankuasa Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Dungun yang turut hadir di majlis tersebut ialah Cikgu Alias Harun dan Cikgu Wan Hapandi Wan Nik

Manakala Ketua Pemudanya, Ustaz Fadhli Rahmi Zulkifli berkata PAS sebagai sebuah parti mesra anak muda sentiasa meraikan minat mereka.

“Kita menerima semua perkara yang menjadi minat anak-anak muda cuma kita ada ‘guide line’ dan syarat – syarat tertentu, sebab kita berhibur berhibur juga tetapi kita ingat kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala,untuk melayakkan kita masuk syurga Allah.

” Atas dasar itulah, Pemuda PAS melihat program ‘bundle’ menjadi minat besar orang – orang muda hari ini,” jelasnya