Home Berita PAS Kedah

Exco Kedah sumbang katil khas warga emas

80
SHARE

POKOK SENA – Hati mana yang dapat menahan bila mengenangkan ujian yang sedang dihadapi Abu Bakar Jusuh atau mesra dengan panggilan Pak Leh dan isterinya yang tinggal di rumah pusaka mereka di Kampung Hutan Gelam, di sini.

Kehadiran Exco Komunikasi Kedah, Wan Romani Wan Salim bagi menyampaikan bantuan katil pesakit kepada isteri Pak Leh, Zainab Mad Noor, memberikan nafas lega kepada beliau sekeluarga.

“Menyambut kedatangan kami, Puan Zainab yang bertongkat itu tidak mampu berjalan banyak kerana sedang derita dengan sakit saraf.

“Kita harapkan dengan sumbangan katil ini akan memudahkan Kak Zainab untuk berehat dan kembali sihat,” katanya ketika ditemui.

Semasa rombongan Wan Romani hadir, Pak Leh sedang keluar mencari rezeki dengan mengambil upah menjual ikan di Pekan Langgar.

“Saya dimaklumkan juga bahawa kesihatan Pak Leh terlalu uzur untuk bekerja, akan tetapi terpaksa mencari rezeki demi kelangsungan hidup mereka berdua,” katanya.