Home Artikel PAS Kedah

EmpowerNCER bantu keluar dari kemiskinan

24
SHARE

OLEH : SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PADANG TERAP – Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) telah menganjurkan program Sentuhan Insaniah Ramadhan di Pejabat Penghulu Mukim Tekai Kanan, di sini semalam.

Program di bawah EmpowerNCER ini bertujuan memberi peluang pekerjaan berasaskan keusahawanan atau meningkatkan pendapatan kepada para peniaga kecil.

ADUN Pedu, Mohd Radzi Md Amin ketika menyampaikan ucapan pada majlis ini menyeru para peniaga di bawah didikan EmpowerNCER mengambil peluang sebaik mungkin.

Rangsang beliau, ianya adalah medan untuk mereka berusaha lebih gigih supaya mereka dan juga keluarga serta orang lain dapat dibantu untuk keluar dari garis kemiskinan.

Aktiviti padat wakil rakyat ini juga seusai di majlis itu bergegas pula menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga masyarakat kaum Siam di Kampung Tanjung Thai.

Setelah itu, berikutan aduan diterima pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Pedu, beliau meninjau dan melihat sendiri keadaan jalan runtuh di Kampung Bunga.

Di sebelah petangnya, Mohd Radzi menyantuni warga penduduk sambil bermesra dan mendengar aduan mereka ketika mengedarkan bubur lambuk di Kampung Masjid Lama, Naka.

Beliau mengisi pula malamnya dengan menyertai iftar di Masjid Lama Naka sebelum menyertai jemaah solat tarawikh dan menyampaikan kuliah di Surau KEDA Kampung Bagan.