Home Berita PAS Melaka

Ejen penerangan PAS perlu banyak membaca – Aziah Mohd Saad

54
SHARE

Oleh IBNATDEEN

AYER KEROH, 22 Jun : Ejen penerangan PAS sewajarnya perlu banyak membaca dan ambil cakna setiap isu-isu yang berlegar di medsos (media sosial), kata Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka (DMPNM), Aziah Mohd Saad.

Menurut beliau ejen penerangan PAS juga perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih apabila melakukan penyebaran.

“Ejen penerangan wajib membawa berita-berita yang mendekatkan diri pada Allah SWT dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam.

“Ejen penerangan akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT ketika mana, kamu melihat kemungkaran yang dilakukan oleh musuh Islam dengan menulis penceritaan yang salah,” ujar beliau kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) pagi tadi.

Beliau turut menyeru agar semua pihak untuk sama-sama berusaha agar menjadikan penggunaan medsos di Malaysia sesuatu yang boleh dipercayai dan dapat mendidik masyarakat menjadi baik juga melahirkan generasi yang bermanfaat kepada agama dan negara.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang Konvensyen Penerangan Dan Media Baharu PAS Pusat yang berlangsung secara maya pada 18 dan 19 Jun baru-baru ini.

Beliau yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah itu turut mengucapkan tahniah kepada penganjur iaitu Lajnah Penerangan Dan Media Baharu PAS Pusat atas kejayaan melaksanakan program ini.

“Kehadiran peserta selama dua hari yang amat memberangsangkan dan amat membanggakan dengan menjangkau 1000 peserta dari seluruh negara.

“Ini menunjukkan ahli PAS sudah celik IT dan bersedia untuk menjadi ejen penerangan,” ujar beliau.