Home Berita PAS Selangor

Edaran pek makanan kepada petugas frontliner – JAMK Ampang

56
SHARE

May be an image of 2 people, people standing, footwear and outdoors

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

AMPANG, 27 Julai – Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA) telah mengedarkan pek makanan kepada para petugas frontliners di sekitar Ampang. Dilaporkan, sepanjang bulan Julai 2021 ini JAMK Ampang telah menyampaikan beberapa sumbangan sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang serta makan malam kepada para frontliners terutama di sekatan jalan raya (SJR).

Menurut JAMK Ampang, segala sumbangan makanan dan minuman ini adalah pemberian oleh orang ramai kepada pihak mereka. Boleh dikatakan kadang-kadang dalam satu masa mereka menerima terlalu banyak makanan daripada beberapa individu sehingga melebihi keperluan untuk petugas dan program kami pada satu-satu masa.

Daripada nasi lemak, bihun, teh dan kopi untuk sarapan pagi. Nasi kukus, nasi tomato sehingga ke nasi ayam untuk makan tengah hari. Kopi ais viral, sandwich dan kuih muih untuk minum petang sehingga ke nasi arab di waktu malam. Ribuan terima kasih diucapkan kepada para dermawan yang telah menjadi penyebab segala sumbangan ini dijayakan.

Makanan yang JAMK Ampang terima juga telah diedarkan kepada keluarga-keluarga yang dikuarantin di rumah akibat positif covid dan juga kepada keluarga penerima kit bantuan makanan asas daripada Program AD4C.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا

Bermaksud, “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)

Kepada yang ingin menyumbang kepada kerja-kerja kebajikan di sekitar Ampang, bolehlah berbuat demikian ke akaun:-

No Akaun: 8604427663
Nama: JAM AMPANG VENTURES
Bank: CIMB ISLAMIC BANK

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor