Home Berita PAS Sabah

PAS Batu Sapi menyantuni petugas barisan hadapan di kawasan PKPD

24
SHARE

Oleh : Laila Ismail
27 Julai 2021

BATU SAPI: Kerajaan telah memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Air, Kampung Istimewa dan Projek Perumahan Rakyat Batu 8, dilanjutkan.

Susulan daripada itu, PAS Batu Sapi telah menziarahi petugas barisan hadapan yang menjaga pos kawalan disana pada Ahad lepas.

Menurut Ketua Pemuda PAS Batu Sapi, Masru Mustakeem, program ini adalah sebagai tanda PAS turut bersolidariti bersama barisan hadapan yang banyak mengorbankan masa, tenaga dan usaha dalam memastikan penyebaran virus COVID-19 dapat dikawal dengan sebaiknya.

“Pertemuan bersama itu lebih kepada perbincangan berkenaan isu kebajikan yang dialami oleh mereka dan penduduk di kawasan yang dikenakan PKPD disamping turut memberikan buah tangan sebagai tanda terima kasih”, katanya.

Naib Yang Dipertua PAS Batu Sapi, Norsah Bongsu yang turut hadir dalam program tersebut mendoakan agar semua yang bertugas sentiasa sihat dan tabah menjalankan tugas yang diberikan.