Home Rencana PAS Selangor

Al-Ahnaf Rabbani – Pengarah Jabatan Amal Negeri Selangor

30
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin

Pengarah Jabatan Amal Negeri Selangor

Antara anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor yang memberi komitmen tinggi setakat ini dalam tugasan sebagai Barisan Hadapan Negara bersama Sukarelawan VCEE19 dibawah program Agen Basmi Covid-19 Nasional NADMA.

Seorang jejaka yang masih bujang, paginya beliau berkorban masa dan tenaga bertugas di “Red Zone” CAC Stadium Melawati berdepan dengan pesakit Covid19, petangnya pula membantu Team Pengurusan Jenazah berdepan dengan jenazah Covid 19 pula.

Sudah 2 minggu saya perhatikan beliau, jika tidak larat balik rumah di Gombak, beliau akan bermalam di Markas Operasi kami. Bukan mudah untuk membentuk anak muda sebegini, azamnya tinggi diusia muda sanggup mengorbankan masa untuk melakukan kerja-kerja kebajikan, menjadikan Hj Mashadi Adie sebagai idola beliau.

Tahniah buat Ibu Bapa beliau dan Pimpinan serta sahabat-sahabat yang membimbing beliau. Moga Allah pelihara dan permudahkan segala urusan, Seeru ala Barakatillah buat anak muda contoh negara kita ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor