Home Berita PAS Wilayah

Edaran kuih bulan eratkan hubungan antara kaum

33
SHARE

Oleh MUHAMAD ABDUL FATEH

WANGSA MAJU, 20 Sept: PAS Kawasan Wangsa Maju mengambil peluang mendekati masyarakat cina dengan mengedarkan 900 kuih bulan sempena Perayaan Kuih Bulan di Pasar Genting Klang, semalam.

Inisiatif ini adalah antara usaha menunaikan tanggungjawab sesama kaum terutama di Malaysia yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan fahaman politik.

Menurut YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh (YB Kak Nuri), program seumpama ini merupakan antara rutin utama PAS apatah lagi jika ia melibatkan perpaduan antara kaum.

Pengunjung dan peniaga sekitar kawasan berkenaan juga terharu dengan kehadiran YB Senator bersama dan pimpinan PAS Kawasan Wangsa Maju untuk edaran kuih bulan.

Turut hadir ialah YDP PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Wilayah Persekutuan, Kong Tuck Wah, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Rashidi Razak, Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Ustaz Mohd Abdul Hadi Ghazali serta beberapa orang AJK Dewan Muslimat PAS Wangsa Maju.