Home Berita PAS Wilayah

PAS Bukit Bintang agih sumbangan Tabung Bencana COVID-19

38
SHARE

Oleh TIA RAZALI


BATU, 20 Sept: Jawatankuasa Tabung Bencana Covid-19 (TBC) Bukit Bintang dengan kerjasama PAS Kawasan Bukit Bintang telah mengagihkan sumbangan Tabung Bencana COVID-19 pada 12 September lalu di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Agihan bertujuan meringankan beban penduduk di sekitar Bukit Bintang yang terkesan akibat pandemik COVID-19 serta memupuk semangat keprihatinan dan kasih sayang terhadap masyarakat sekeliling.

Bantuan berupa 11 kotak barangan asas disampaikan kepada keluarga yang memerlukan di sekitar Jalan Haji Taib.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Tabung Bencana COVID-19 (TBC) Bukit Bintang, Mohd Sharbi Kamaruzzaman diiringi wakil PAS Kawasan Bukit Bintang.

Menurut Mohd Sharbi, bantuan ini akan diteruskan secara berkala agar lebih ramai golongan sasaran dapat dibantu.

“Saya menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan individu atau keluarga di sekitar Parlimen Bukit Bintang yang terkesan akibat pandemik ini untuk menghubungi talian hotline kami agar lebih ramai golongan sasaran dapat dibantu,” ujar beliau

Jawatankuasa TBC Bukit Bintang juga masih membuka ruang bagi yang mahu menyumbang dengan menghubungi Hotline Bantuan Covid-19 PAS Bukit Bintang di talian 011-3518 6770.