Oleh: NUSAIBAH IBRAHIM
TITIWANGSA, 18 Feb – PAS Kawasan Titiwangsa dengan bantuan Jentera Pilihanrayanya telah mengadakan edaran 1000 naskhah sisipan akhbar Harakah iaitu FIKRAH kepada masyarakat setempat di Pasar Maluri dan Pasar Keramat dengan jayanya semalam.
Di samping itu, akhbar Fikrah dan beberapa risalah juga turut diselitkan dalam edaran tersebut.
Menurut Setiausaha PAS Kawasan Titiwangsa, En. Hedzer Ibrahim, “Aktiviti edaran Harakah ini bertujuan untuk memberi informasi yang telus kepada rakyat terutamanya berkenaan isu-isu politik negara dan kekeliruan tentang pendirian PAS.”
Beliau juga turut menyatakan bahawa Harakah merupakan lidah rasmi PAS yang memuatkan berita dan artikel pimpinan parti sebagau menyatakan pendirian PAS terhadap segala kontroversi yang seringkali dilemparkan kepada PAS.
Rata-rata pengunjung yang ditemui menyatakan bahawa mereka jarang mendapat informasi yang tepat mengenai PAS kerana kebanyakan media massa didominasi oleh kerajaan Barisan Nasional.
Dengan edaran akhbar secara percuma mereka berpeluang membaca Harakah dan dapat membuat penilaian yang lebih adil untuk membuat undian pada pilihan raya umum kelak.
Aktiviti edaran ini telah mendapat sambutan positif dan sangat baik daripada para pengunjung, peniaga pasar dan pelanggan kedai makan berhampiran.