Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kuala Langat
Oleh : Umar Al-Hayawi
KUALA LANGAT, 17 September – Muafakat Nasional Kuala Langat semalam telah turun mengagihkan bakul makanan kepada keluarga yang terjejas serta yang memerlukan sempena Sambutan Hari Malaysia dan Sambutan 2 Tahun Muafakat Nasional.
Turut hadir bersama YDP PAS Kuala Langat, YB Dr Ahmad Yunus Hairi dan Ketua Bahagian UMNO Kuala Langat, Tuan Zurihan Yusop serta AJK parti-parti.
Semoga sedikit bantuan telah dihulurkan ini dapat memberi manfaat kepada keluarga para penerima dan juga semoga bantuan tersebut dapat meringankan sedikit beban dipikul mereka dalam meneruskan kehidupan dimusim pandemik COVID-19 ini.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor