Home Berita PAS Selangor

Gimik sambutan Hari Malaysia – PAS Hulu Selangor

20
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Selangor

Oleh : Muhammad Alauddin

SERENDAH, 16 September – Sempena menyambut Hari Malaysia YDP PAS Hulu Selangor Tuan Haji Hasnizan Harun telah dijemput bagi menjayakan gimik penyerahan Banner “Hari Malaysia” di Serendah.

Turut sama dalam aktiviti PAS cawangan Sri Serendah ini adalah Ketua, AJK dan Muslimat cawangan yang bersama-sama menjayakan gimik penyerahan banner “Hari Malaysia”.

Alhamdulillah program ini disambut baik dan meriah oleh penduduk sekitar yang turut sama meraikan sambutan Hari Malaysia.

Kemudian, YDP PAS telah menjelajah ke Taman Desa Melor untuk menyantuni penduduk tempatan dengan agihan bubur sebanyak 200 pek secara pandu lalu.

Alhamdulillah, warga Desa Melor berasa gembira dengan kehadiran YDP dan ahli PAS cawangan Desa Melor.

Mereka mengucapkan terima kasih kepada YDP PAS Hulu Selangor serta para petugas.

Tahniah dan syabas buat para petugas PAS Zon Serendah kerana telah bersama-sama dengan YDP PAS Hulu Selangor dalam menjayakan program sambutan Hari Malaysia ini.

Moga-moga program sebegini dapat menanamkan rasa cintakan tanah air kita, menanam semangat perpaduan dan menjayakan konsep ‘Keluarga Malaysia’ dan mengangkat tema ‘Malaysia Prihatin’.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor