Home Berita PAS Kedah

1000 Ekor Ayam BISMI Diagihkan di PKPD Kuala Kedah

47
SHARE

Kuala Kedah, 16 September : Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah melalui Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid telah berjaya mengagihkan 1,000 ekor ayam BISMI kepada beberapa kawasan tumpuan di PKPD Kuala Kedah kelmarin.

Program sumbangan ini turut dihadiri oleh Ustaz Dr. Ahmad Fakhruddin selaku YDP PAS Kawasan Kuala Kedah, Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nasrun Othman dan Ketua Sektor Tanggungjawab, Sosial & Kemasyarakatan, Sdr. Saifuudin Hassan bagi mengagihkan sumbangan ini kepada penduduk mukim Kuala Kedah.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada NGO-NGO yang memberi tajaan bagi program ini, antara adalah Yayasan Al-Munir Care, Sahabat Amal Care, Yayasan Isra’, Al Azhar Care, Pertubuhan WARGA CAKNA, serta beberapa sumbangan individu lain seperti Ustaz Nizam Noh dan Ustaz Fikri.

“Saya mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan terima kasih kepada NGO-NGO dan orang ramai yang telah menaja sumbangan 1,000 ekor ayam dari syarikat Ayam BISMI ini,

“Inilah kebajikan yang kita jalankan secara bersama, kita pakat-pakat kongsi pahala”, ujar Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid ketika dihubungi.

Terima kasih juga diucapkan kepada anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuala Kedah diatas bantuan yang dihulurkan bagi melancarkan program.