oleh: NOR FATIN
ALOR SETAR, 30 MAC – Bagi merebut ganjaran pahala di bulan Ramadan ini, Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Padang Serai tampil edarkan ais kiub secara percuma.
Menurut satu maklumat menerusi facebook PAS Kawasan Padang Serai, edaran akan dijalankan selama 25 hari di Bazar Ramadhan Taman Kancil. Untuk makluman semua, inisiatif edaran ais kiub secara percuma ini sudah hampir 5 tahun dijalankan.
Walaupun edaran ini kelihataan agak kecil, tetapi sudah pasti ianya akan menggembirakan hati penerima. Besar manfaat mengembirakan hati orang lain. Nabi SAW bersabda:
مَنْ أَدْخَلَ عَلَى أَهْلِ بَيْتٍ مِنَ الْمُسْلِمِينَ سُرُورًا لَمْ يَرْضَ لَهُ اللَّهُ ثَوَابًا دُونَ الْجَنَّةِ
Maksudnya :” Sesiapa yang menggembirakan mana-mana orang Islam maka Allah tidak akan memberinya pahala tanpa diberikan juga syurga.”[2]
Riwayat Al-Tabarani (910) di dalam Al-Mu’jam Al-Saghir
Di dalam riwayat yang lain menyebut bahawa Nabi SAW pernah ditanya tentang apakah amalan yang paling baik. Nabi SAW bersabda :
ادخالك السرور على مؤمن اشبعت جوعته او كسوت عريه او قضيت له حاجة
Maksudnya :” (Amalan yang paling baik ialah) apabila engkau menggembirakan orang mukmin yang lain. Maka engkau dianggap telah menghilangkan kelaparannya, menutup auratnya dan engkau telah tunaikan hajatnya.”
Jadi bagi mana-mana individu yang ingin mendapat gandaan ganjaran pahala dan berminat unuk menyumbang, boleh salurkan ke Akaun Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Padang Serai 02057010049377 Bank Islam, untuk aktiviti dan pembelian kenderaan 4×4.