Home Berita PAS Johor

Edaran 35 Bakul Prihatin Negara di Muar diteruskan

85
SHARE

Oleh : SHARIFAH AJIL

MUAR, 20 Ogos : Sebanyak 35 lagi Bakul Prihatin Negara pertambahn telah diedarkan kepada keluarga yang terkesan pandemik Covid 19 di sini, kelmarin.

Sumbangan Bakul Prihatin Negara daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini telah diedarkan oleh sukarelawan Skuad Prihatin Negara Daerah Muar, Suraya Samari dengan dibantu oleh beberapa ahli jawatankuasa Muslimat PAS Muar.

Sasaran edaran sumbangan kali ini adalah di kawasan Jalan Sri Tanjong dan Jalan Dato’ Haji Kosai.

“Sumbangan Bakul Prihatin Negara ini sudah berjalan lama sejak dilancarkan pada bulan Julai yang lalu.

“Sumbangan di bawah kelolaan saya sebelum ini sudah diedarkan sebanyak 46 set.”

“Saya juga turut serta dalam edaran Bakul Prihatin Negara ini bersama program pimpinan Perikatan Nasional sama ada dari PAS Muar atau PPBM, serta terlibat juga edaran bersama Ahli Majlis Zon 8,” kata Suraya.

“Bergerak sebagai Skuad Prihatin Negara ini, kita dapat mengenal pasti semua golongan masyarakat yang selama ini mungkin terpinggir dari menerima bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan.

“Ini adalah disebabkan tidak mendapat maklumat yang tepat kerana bukan sahaja golongan B40 sahaja yang terkesan pandemik ini tetapi juga golongan M40 yang mungkin malu untuk memohon bantuan,” ujar beliau lagi, yang juga merupakan Ketua Lajnah IT Muslimat Muar.