Home Berita PAS Melaka

Edar kuih bulan, peluang kenali budaya kaum lain

41
SHARE

Oleh ANUAR IBRAHIM

TANGGA BATU, 21 Sept: Meraikan perayaan yang disambut oleh bangsa lain memberi peluang kepada masyarakat Malaysia untuk saling mengenali dan
memahami di samping menghormati adat dan budaya pelbagai kaum.

Demikian dinyatakan Ketua Lajnah Perpaduan Nasional, Dewan Muslimat PAS Kawasan Tangga Batu (DMPKTB), Noraini Hashim.

Beliau menyatakan perkara ini kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) sebelum bermulanya program edaran kuih bulan PAS Kawasan Tangga Batu, di sini, kelmarin.

“Saya melihat ini satu usaha serius PAS Kawasan Tangga Batu untuk mengukuhkan persefahaman dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

“Semoga program seumpama ini dapat dijalankan secara berkala supaya dapat saling mengenali dan merapatkan jurang di antara kaum,” ujar beliau.

Program edaran yang berlangsung di empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Sungai Udang, Paya Rumput, Pantai Kundur dan Kelebang telah dapat disempurnakan dengan mengagihkan kuih bulan tersebut di premis-premis kedai atau kediaman yang telah dikenalpasti.

Sementara itu Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Tangga Batu, Ramlan Amad pula ketika ditemui, mengharapkan agar usaha ini akan berjaya merealisasikan slogan ‘Keluarga Malaysia’ yang akan melahirkan masyarakat berbilang kaum yang harmoni.

Menurut penganjur ini merupakan aktiviti khas tahunan yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Tangga Batu selain daripada ziarah ketika Tahun Baru Cina.

Tinjauan WARM mendapati rata-rata sambutan yang diberikan sangat menggalakkan kerana mereka tidak menyangka bahawa ada pihak yang prihatin untuk memberikan kuih tersebut secara percuma.

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.