Home Berita PAS Wilayah

DUPWP MENZAHIRKAN SUMBANGAN MAHABBAH

19
SHARE

Oleh : MOHD ZAINI BIN ABDUL AZIZ

KUALA LUMPUR : Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan (DUPWP) sempurna menganjurkan Program Semarak Ramadhan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) pada 28 April 2022.

Berbekalkan sumbangan yang diterima daripada Pengerusi Pertubuhan Ummah Prihatin Ustaz Alfian Izaz Abdul Halim kepada DUPWP melalui mock cheque bernilai RM 7,000 untuk disalurkan kepada yang memerlukan.

Lajnah Kebajikan DUPWP diarahkan menganjurkan program Semarak Ramadhan untuk menyampaikan sumbangan kewangan kepada 30 penerima asnaf, anak² yatim yang terdiri daripada pelajar KUIZM dan masyarakat setempat termasuk murobitun DUPWP.

Dikesempatan ini, DUPWP ingin mengalu² alukan sumbangan dana daripada mana-mana agensi atau pertubuhan untuk dimanfaatkan kepada sasaran.

Bagi yang berhajat boleh menghubungi Pengerusi Lajnah Kebajikan DUPWP di talian : 0123010507.

Sebagai tanda syukur DUPWP menzahirkan ucapan Penghargaan dan terima kasih atas kebaikan penyumbang.