Home Berita PAS Wilayah

Ramadan bulan kebajikan

49
SHARE

Oleh : AZRI

KUALA LUMPUR,29 April : Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganjurkan beberapa program kebajikan sepanjang Ramadhan tahun ini. Antara program yang dianjurkan adalah tajaan Kit Ramadhan buat asnaf, singgah Sahur dan edaran juadah berbuka yang dilaksanakan di seluruh Wilayah Persekutuan.

Program digerakkan oleh Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) di Seluruh Wilayah Persekutuan yang komited dalam menyantuni masyarakat di kawasan masing-masing.

Sebanyak 185 Kit Ramadhan yang berupa barangan dapur serta makanan telah diedarkan buat asnaf & masyarakat di Parlimen Batu, Setiawangsa, Putrajaya dan Lembah Pantai.

Selain itu program singgah sahur dan edaran juadah berbuka juga turut dilaksanakan dan disampaikan kepada pihak berkuasa seperti Balai Polis, Tentera, Jabatan Bomba & Penyelamat, Pengawal Keselamatan, Rider penghantar makanan dan masyarakat di beberapa parlimen lain seperti Bandar Tun Razak, Labuan, Segambut dan Titiwangsa. DPPWP berterima kasih kepada Pengerusi Lajnah Kebajikan DPPK yang bertungkus lumus menggerakkan program-program kebajikan menyentuh masyarakat di kawasan setempat.

DPPWP juga tidak lupa untuk berkongsi rezeki bersama murabbitun penggerak dalam kerja-kerja kebajikan serta pegawai tadbir yang menjadi tulang belakang DPPWP dengan memberikan sumbangan aidilfitri sebagai tanda ingatan dan kebersamaan. Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Ketua Pemuda , Ustaz Farkhan Md Zain , Naib Ketua Pemuda , merangkap Ketua Sektor Tanggungjawab Sosial & Khidmat Masyarakat DPPWP ,Sdr Azmer Syazwan Ahmad Suparmin serta Pengerusi Lajnah Kebajikan DPPWP, Mohd Azry Omar. Seramai 14 penerima telah menerima sumbangan berkenaan.

Program yang menyentuh masyarakat ini perlu dilaksanakan bagi masyarakat mengenali PAS bukan sekadar parti politik , malah sebagai organisasi berkebajikan yang cakna pada masyarakat.

Bagi meneruskan agenda kebajikan di Wilayah Persekutuan kami menyeru para dermawan untuk menyumbang ke akaun Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan , Maybank 5647-9912-1887 Rujukan: Infaq Kebajikan atau layari pautan di https://linktr.ee/kebajikanwp .