Home Dewan Ulamak PAS Pusat

DUPP : Selamat Menyambut Hari Pekerja

687
SHARE

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Pekerja yang ditetapkan pada 1 Mei setiap tahun kepada semua rakyat Malaysia yang bergelar pekerja di seluruh peringkat dan lapangan sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta.

Sesungguhnya Islam merupakan agama yang menekankan aspek usaha dan pekerjaan yang halal lagi keberkatan. Malah Islam mendidik umatnya agar sentiasa menjadikan sebarang pekerjaan yang dilakukan sebagai satu ibadah kerana ia dilihat dan dinilai oleh Allah dan Rasul-Nya.

Firman Allah SWT :

وَقُلِ ٱعۡمَلُوا۟ فَسَیَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمۡ وَرَسُولُهُۥ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَـٰلِمِ ٱلۡغَیۡبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ فَیُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ

Maksudnya :
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”. – [Surah At-Tawbah 105]

Kemuliaan yang diberikan oleh Islam kepada seseorang apabila ia bekerja :

1. Dengan menjaga batasan syariat.
2. Melaksanakana tanggungjawab yang terpundak atasnya.
3. Menerapkan aspek nilai akhlak dan kerohanian dalam pekerjaannya.
4. Berusaha dengan bersungguh dan tekun.

Sayidatina Aisyah meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jal mengasihi apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu amalan yang dilakukan secara tekun.” – riwayat al-Tabrani

Dan dalam situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara, dijangkakan pasca COVID-19 akan memberikan kesan besar kepada rakyat Malaysia berkemungkinan kehilangan pekerjaan pasca COVID-19 disebabkan oleh penutupan atau pengurangan pengoperasian industri termasuk sebahagiannya daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta pengucupan ekonomi Malaysia dan dunia sebagaimana unjuran yang diperolehi daripada Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) pada ketika ini juga menunjukkan

Sehubungan itu, langkah awal dan proaktif perlu difikirkan bagi memastikan bagaimana nasib rakyat Malaysia yang terjejas dengan pekerjaan sedia ada ini. Antara langkah proaktif yang boleh difikirkan di pihak kerajaan ialah :

1. Mengawal ketat sempadan perairan dari kemasukan PATI dan menghantar balik mereka yang bekerja tanpa dokumen yang sah.
2. Mengkaji semula peratusan atau kuota pengambilan pekerja asing bagi membuka peluang pekerjaan yang lebih kepada rakyat Malaysia.

DUPP juga mengharapkan rakyat Malaysia untuk bersedia membiasakan kehidupan di era “normal baharu” dengan menekankan aspek :

1. Pengurusan kewangan yang berhemah dan perbelanjaan yang berjimat cermat.
2. Simpanan tabung kecemasan sekurang-kurangnya 3 bulan gaji pendapatan.
3. Penyesuaian diri dengan perkara yang melibatkan urusan dalam talian (online) seperti pembelajaran dan juga pekerjaan.

Sekian.

YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh)