Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

DUPP Mengajak Umat Islam Berdekatan Untuk Hadir Solat Jenazah As-Syahid Dr.Fadi Al-Batsh

1646
SHARE


DEWAN ULAMAK PAS PUSAT MENGAJAK UMAT ISLAM BERDEKATAN UNTUK HADIR SOLAT JENAZAH AS-SYAHID DR FADI AL-BATSH

1. Pada hari ini, jenazah As-Syahid Dr Fadi Al-Batsh akan diterbangkan ke Palestin untuk dikebumikan di sana. Seluruh rakyat Palestin berdukacita di atas tragedi ini dan mengecam tindakan jahat pihak tidak bertanggungjawab dalam kes pembunuhan ke atas as-syahid.

2. Jenazah beliau akan disolatkan pada hari ini di Surau Medan Idaman, Setapak selepas solat fardhu Zohor nanti. Saya mengajak seluruh umat Islam yang berdekatan untuk hadir ke sana memberi penghormatan terakhir kepada as-syahid.

3. Saya turut menyeru kepada seluruh umat Islam untuk mengadakan Solat Jenazah Ghaib ke atas jenazah as-Syahid bagi mereka yang tidak sempat hadir ke Setapak waktu zohor nanti.

4. Semoga roh beliau ditempatkan bersama para Syuhada’, Solehin dan para hamba yang diredhai.

“Membina Negara Sejahtera”

USTAZ DATO’ DR HJ MAHFODZ BIN MOHAMED
Ketua Dewan ulamak PAS Pusat

Bertarikh: 9 Syaaban 1439 / 25 April 2018