Home Kenyataan Media Presiden PAS

Seruan Solat Jenazah Ghaib Ke Atas Almarhum Dr. Fadi M. Albatsh

1,009 views
SHARE

SERUAN SOLAT JENAZAH GHAIB KE ATAS ALMARHUM DR. FADI M. ALBATSH

Sepertimana telah dimaklumkan bahawa jenazah Dr. Fadi M. Albatsh, imam Palestin dan pensyarah Universiti Kuala Lumpur yang ditembak mati pada sabtu lepas, akan dibawa pulang ke Palestin hari ini. Jenazah almarhum akan disolatkan di Surau Medan Idaman, Setapak selepas Zohor.

Justeru itu, saya menyeru kepada seluruh umat Islam untuk menunaikan Solat Jenazah Ghaib ke atas jenazah almarhum di semua masjid dan surau. Insha Allah saya akan berada di Masjid Rusila, Marang bagi menunaikan solat tersebut selepas Zohor.

Marilah kita mendoakan kesejahteraan roh almarhum di alam sana dan ditempatkan bersama para anbia, syuhada dan golongan soleh.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 8 Syaaban 1439 / 25 April 2018