KENYATAAN MEDIA
Dewan Ulamak PAS Pusat
29 JUMADAL AKHIRAH 1441H l 23 FEBRUARI 2020
ARAHAN SOLAT HAJAT KHUSUS KESEJAHTERAAN & KESELAMATAN NEGARA
1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengarahkan semua ahli di seluruh peringkat untuk mengadakan solat hajat khusus bagi kesejahteraan dan keselamatan negara ekoran situasi perkembangan politik semasa yang berlaku di peringkat nasional.
2. Penularan berita mengenai pelbagai analisa dan andaian terhadap iklim politik semasa negara sama ada berlakunya perubahan pada tampuk pemerintah negara atau kekal dan kebarangkalian pembubaran Parlimen. Kesemua tersebut diserahkan kebijaksanaan pimpinan utama kita dalam menguruskannya dan ahli wajib terus memberikan thiqah dan wala’ pada arahan dari masa ke semasa.
3. Berhubung itu, DUPP mengarahkan solat hajat dilaksanakan segera bagi memohon petunjuk dan nusrah dari Allah agar keselamatan negara kita terjamin dan terus berada dalam kesejahteraan.
Sekian.
YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH”
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh)