KETIKA banjir besar melanda Kelantan pada akhir 2014, DAP memperlekehkan kerajaan PAS dengan menganggap lemah membantu rakyat.
Namun bencana alam luar jangka itu tiada jiwa yang terkorban.
Sebaliknya DAP yang dianggap hebat hari ini menerima risiko sebaliknya.Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, mana-mana kerajaan hendaklah bertanggungjawab ke atas nasib yang menimpa rakyat.
“Apa yang berlaku memang takdir Allah dan ia tidak boleh nak elak. Bagaimanapun setiap projek yang ingin dilaksanakan kena selidiki sepenuhnya,” katanya di Kota Bharu, semalam.
Baru-baru ni kejadian tanah runtuh di tapak projek pembinaan perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Pulau Pinang mengorbankan 11 mangsa.
Malah negeri itu sudah beberapa kali dilanda banjir kilat tahun sehingga merosakkan banyak harta benda penduduk.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pula berkata, kalau hendak diambil kenyataan pemimpin DAP sebelum ini, memang sudah lama pemimpin PAS tersinggung.
Menurutnya ketika itu DAP bertanya adakah kerajaan Kelantan masih wujud kerana dianggap lambat membantu rakyat ditimpa banjir besar.
“Ia memberi gambaran seolah-olah Kelantan tidak membantu rakyat yang ditimpa musibah banjir.
“Sekarang kita belum menjawab apa lagi kejadian tanah runtuh di Pulau Pinang. Kalau kita tanya adakah kerajaan Pulau Pinang masih wujud atau sebaliknya,” ujarnya ketika ditemui di Kota Bharu, semalam. – HARAKAHDAILY 26/10/2017