Home Artikel PAS Perlis

Rohingya : PAS Kawasan Arau Cakna Isu Kemanusiaan 

86 views
SHARE

Oleh : Nur Hazwani Zabaniah

ARAU : Prihatin dengan krisis yang menimpa umat Islam di Rakhine, Myanmar, PAS Kawasan Arau telah menganjurkan Program Ceramah Perdana serta Makan Malam Amal bersamamu Rohingya pada 28 Oktober yang lalu.

Ianya timbul atas dasar kasih-sayang dan semangat persaudaraan Islam demi membantu saudara seagama yang sedang ditindas.

Program yang telah berlangsung di Markas PAS Sungai Padang itu telah dirasmikan oleh Persuruhjaya PAS Perlis merangkap ADUN Sanglang, YB Mohd. Shukri bin Ramli.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran AJK Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan.

YB Mohd. Shukri dalam ucapan beliau, menyeru seluruh Ahli PAS khususnya di Perlis untuk  sama-sama memberikan sumbangan kepada warga Rohingya bagi meringankan beban mereka.

Beliau turut menjelaskan bahawa PAS sangat komited dalam membantu umat Islam Rohingya atas dasar persaudaraan Islam menerusi penyerahan sumbangan serta program-program kemanusiaan yang dilaksanakan di sana.

Program yang tamat pada jam 12.00 tengah malam itu mendapat sambutan meriah dengan kehadiran penduduk sekitar yang memenuhi tapak program.