Home Berita PAS Kedah

Dua wakil rakyat cakna kebajikan penduduk

197
SHARE

PADANG TERAP – Perhatian terhadap warga penduduk terus menjadi keutamaan wakil rakyat yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan dan hal ehwal dalam masyarakat.

Kesungguhan itulah diserlahkan dua pemimpin iaitu ADUN Pedu, Mohd Radzi Md Amin dan ADUN Kuala Nerang, Munir Zakaria terhadap para penduduk Parlimen Padang Terap.

Semalam, Mohd Radzi menyantuni para guru al-Quran, bidan tok mudim, penggali kubur dan bomoh kampung menyampaikan sumbangan daripada kerajaan negeri di tiga mukim.

Para penerima yang telah disenaraikan seramai 150 orang ini masing-masing menerima wang tunai disampaikan di lokasi berbeza dalam Mukim Pedu, Mukim Tekai Kanan dan Mukim Tekai Kiri, di sini.

Sumbangan sebagai penghargaan kepada golongan berjasa dalam masyarakat ini merupakan tradisi sejak zaman Menteri Besar, Almarhum Tan Sri Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak.

Bagaimanapun tahun lalu tiada pemberian tersebut kerana situasi pandemik COVID-19 yang melanda di seluruh negara dan dunia, tetapi kembali diteruskan Ramadhan kali ini.

Manakala Munir pula telah mengadakan ziarah khas menyantuni warga penduduk dalam kalangan masyarakat keturunan Siam di Kampung Tanah Merah, di sini semalam.

Sempena kunjungan tersebut, beliau juga menyampaikan sumbangan sebagai tanda keprihatinan kepada mereka yang jelas tidak kekok menyambut kehadirannya bersama rombongan.

Turut serta adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Terap, Mohd Azam Abd Aziz dan juga JPKK Kampung Tanah Merah, Som Adan