Home Berita PAS Melaka

Dua tokoh muslimat PAS Alor Gajah terima anugerah

767
SHARE

Oleh : Najua Roslan

HANG TUAH JAYA, 17 Ogos : Dua tokoh Dewan Muslimat PAS Kawasan Alor Gajah telah menerima anugerah di dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka yang berlangsung di Bayou Lagoon di sini semalam.

Guru PASTI At-Taqwa-1, Rosela Alwi dipilih untuk menerima Anugerah Siti Khadijah manakala guru PASTI Aulad Pintar-2, Rosezainee Alwi pula dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Guru Negeri Melaka.

Anugerah berbentuk sijil, piala dan bingkai gambar itu disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka yang juga merupakan Penasihat Agama kepada Ketua Menteri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek.

Sementara itu PAS Kawasan Alor Gajah dalam satu kenyataan telah merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan tahniah kepada kepada dua orang tokoh Dewan Muslimat PAS Alor Gajah ini.

“Anugerah ini adalah satu pengiktirafan kepada Dewan Muslimat PAS Kawasan Alor Gajah sebagai antara tenaga penggerak penting dalam membangunkan institusi pendidikan awal kanak-kanak di PASTI.

“Semoga dengan anugerah ini mereka berdua akan lebih bersemangat dalam mendidik anak-anak di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).” tambah kenyataan itu lagi.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)