Home Berita PAS Kedah

Dua keluarga asnaf di Kuala Nerang dapat perhatian ADUN

90
SHARE

KUALA NERANG, 13 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, YB Hj Munir@Mohamad Yusoff Zakaria turun menyantuni dua keluarga asnaf di Kampung Pong, Kuala Nerang, baru-baru ini.

Seorang penduduk, Sahani Saad, 50, bekerja sendiri telah dihadiahkan mesin rumput untuk membantunya menyara keluarga.

“Beliau bekerja mengambil upah menebas bagi menyara keluarganya. Kerjanya menebas menggunakan parang

“Tetapi beliau tidak berkemampuan untuk membeli mesin tersebut”, ujarnya.

Dengan keprihatinan pihak YB bersama Pusat Khidmat Wakil Rakyat selepas mendengar keinginan beliau, YB mengajak beliau untuk terus membeli mesin rumput.

Manakala sebuah lagi keluarga yang disantuni ialah Suhani Abd Aziz juga dari Kampung Pong.

“Beliau mempunyai tiga orang anak yang sakit dan dah lama pihak PKWR bantu termasuk juga bantu mohon rumah untuk mereka sekeluarga”, ujarnya.

Menurut YB, permohonan rumah telah pun dapat dan rumah beliau sedang dibuat di tapak tanah ayahnya dan ianya hampir siap.