Home Berita PAS Perlis

Dua kariah terima agihan makanan asas

30
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 16 Julai: Dua kariah dalam DUN Guar Sanji dekat sini telah terpilih menerima agihan makanan asas fasa pertama semalam.

Penyerahan bantuan berkenaan telah oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim kepada wakil masjid-masjid dalam kariah berkenaan.

Mereka ialah amil masjid Kariah Kampung Sena, Mazlan Ahmad dan amil masjid Kariah Kampung Jelempok, Zainol Ahmad.

Menurut Mohd. Ridzuan, agihan bantuan makanan asas di bawah Program Agihan Makanan Asas (PAMA) merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam membantu para asnaf dan penduduk yang memerlukan.

“Untuk fasa seterusnya, agihan akan dibuat di kariah-kariah masjid yang lain dan harapan kami, seluruh kariah masjid dalam DUN Guar Sanji akan menerima hamper makanan secepat mungkin, insya-Allah,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, dalam program berasingan, beliau turut meluangkan masa turun padang menziarahi beberapa buah keluarga di dua buah kariah berkenaan berkenaan serta menyampaikan sumbangan hamper makanan kepada mereka.