Home Artikel PAS Perak

Dua Jam Turun Ke Laut, Nelayan Raih RM1,500

282
SHARE
May be an image of 2 people, people standing and indoorDUA JAM TURUN KE LAUT, NELAYAN RAIH RM1,500
MANJUNG, 5 Mac — Bukan seminggu, bukan sehari, tetapi hanya dua jam sahaja, nelayan di sini dapat meraih sekitar RM1,500 dengan hasil jualan kerang melalui projek MyKP Kebun Kerang Lekir di bawah Jabatan Perikanan Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri, YB Razman Zakaria berkata, pendapatan sebegitu dapat memberi sinar baharu kepada nelayan-nelayan di sini untuk terus giat dalam sektor tersebut.May be an image of standing
“Kawasan di sini tidak seperti negara lain, di Thailand misalnya mereka hanya mampu membesarkan benih kerang yang diimport dari Malaysia tetapi tiada pembenihan secara teknologi atau manual dilakukan.
“Spesis yang semakin berkurangan dan permintaan yang semakin meningkat menjadikan harga kerang semakin tinggi sekaligus menjanjikan pulangan lumayan bagi mereka yang berkecimpung dalam industri ini,” jelasnya selepas lawatan kerja di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Perak, Zaki Mokri berkata, kajian yang telah dilakukan sejak 2010 sehingga 2018 itu mendapati kawasan di lekir sesuai untuk pembenihan kerang berikutan faktor kejutan suhu dan air masin.May be an image of body of water and sky
“Pelepasan induk pada waktu yang tepat seiring dengan penemuan air panas sungai dan laut serta kemasinan air menjadikan kerang terdorong melakukan proses persenyawaan seterusnya menghasilkan telur yang mejadi benih di persekitaran perairan tersebut.
“Kita nampak benda tu ada induk, ada benih, jadi bila induk yang kita letak tiga tahun lalu tidak diganti habislah, tiada benih lagi, jadi kita minta penternak untuk sumbang kerang dewasa untuk kita letak semula di tempat berlaku pembenihan itu,” ujarnya.
Jelasnya lagi, kawasan tersebut mampu menawarkan kitaran hidup penuh kerang dari benih sehingga ke dewasa dan kembali ke benih atas kerjasama kesemua peserta projek tersebut.
Bagi peserta MyKP Kebun Kerang, Zulkifli Abd Rashid, harga kerang yang berlipat kali ganda berbanding 10 tahun lalu membuatkan beliau beralih pekerjaan daripada nelayan ikan kepada pekebun kerang.
“Pendapatan dulu dengan sekarang jauh beza, kalau dulu kerang untuk makanan hujung-hujung bulan sahaja, tapi sekarang harga dia tinggi, untuk sekilo, kita tolak RM8, jadi di pasaran dia boleh pergi lebih jauh,” jelasnya.
Mohd Shuhaimi Md Yusop pula berharap, pihak kerajaan dapat menjadikan kawasan MyKP Parit Haji Dollah sebagai pusat pengkomersilan kerang selain mewujudkan deretan-deretan gerai bagi meningkatkann ekonomi setempat.
“Untuk dimajukan kawasan ini sebagai medan Kerang Bakar dan sebagainya, saya amat bersyukur, ini sekaligus dapat memperkenalkan kawasan ini kepada orang luar dan meningkatkan ekonomi penduduk apabila mereka dapat membuka gerai-gerai di sekitar sini,” katanya.
Setakat ini, sebanyak 20 lot kebun kerang telah dibuka dimana setiap lot diusahakan oleh lapan orang nelayan sekitar Lekir dan pihak kerajaan turut mengecualikan pembayaran cukai bagi menggalakkan kejayaan projek perintis tersebut.
Projek MyKP Kebun Kerang Lekir adalah projek pertama seumpamanya yang membolehkan proses kitaran hidup kerang penuh di lot kebun dan terbuka kepada nelayan sekitar lekir bermula pada tahun lalu.
Sumber: Komunkasi Strtategik Perak [Stratcom]