Home Artikel PAS Pahang

Selamat Kembali Ke Sekolah

212
SHARE

Berikutan pengumuman KPM bahawa sekolah akan mula dibuka secara bersemuka pada Mac dan April ini insya’Allah. Semua guru-guru telah bersedia untuk menerima pelajar-pelajar dan ibubapa juga sudah mula melakukan persediaan untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Sesi pembelajaran secara PDPR sememangnya sukar untuk ditempuhi. Terlalu banyak cabaran. Fokus anak-anak juga susah untuk diberikan ketika sesi PDPR memandangkan mereka berada di rumah.

Kini semua ibubapa dan anak-anak mula hilang rasa resah dengan pembukaan sekolah, insya’Allah sesi pembelajaran anak-anak mesti diteruskan. Kesinambungan pendidikan mereka untuk menimba ilmu mesti diteruskan supaya mereka tidak menjadi generasi yang ketinggalan walaupun negara masih berjuang mengekang penularan covid-19.

Perkara penting juga ketika pembukaan sekolah Mac ini ialah SOP. Semua pihak iaitu ibubapa, guru-guru, kakitangan sekolah dan pelajar-pelajar itu sendiri semestinya mematuhi SOP yang telah ditetapkan di mana sahaja kita berada samada di sekolah atau di mana-mana sahaja.

Kita mengharapkan agar kesinambungan pendidikan anak-anak pelajar terus berjalan dengan baik. Kita tidak mahu sekolah ditutup lagi. Terlalu banyak impak negatif jika sekolah kerap kali ditutup. Yang kita harapkan ialah penerusan pendididikan anak-anak pelajar dapat diteruskan.

Tahniah kepada beberapa sekolah yang telah menyediakan borang saringan kesihatan kepada ibubapa dan anak-anak. Anak-anak yang sihat sahaja perlu hadir, jika tidak sihat dan mempunyai simptom makantidak perlulah hadir ke sekolah dan segera dapatkan rawatan untuk terus kekal sihat.

Semoga semua kita dapat bekerjasama untuk membantu anak-anak pelajar meneruskan sesi pengajian mereka. Semoga dengan perkembangan Program Imunisasi Covid-19 yang telah dimulakan bakal memberi kesan yang baik kepada kita semua dalam usaha membanteras penularan Covid-19 di negara kita. Amin.

Ustaz Zarimi Shubrawi
NAIB KETUA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PAHANG
Ketua Sektor Pendidikan

PemudaPAS

IslamMemimpinPerpaduan

MemimpinNegara