Home Berita PAS Melaka

Dua beradik anak yatim terima sumbangan PAS Cawangan Sungai Siput

568
SHARE

 

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 3 Apr : Dua beradik yatim adalah antara yang menerima sumbangan kit makanan anjuran PAS Cawangan Sungai Siput.

Menurut Ketua cawangan ini, Asri Shaik Abdul Aziz, sumbangan ini adalah untuk membantu meringankan beban golongan B40 dalam melalui kehidupan seharian mereka.

“Alhamdulillah, hari ni kami dah berjaya sampaikan sumbangan berupa kit makanan kering termasuk beras.

“Dan terima kasih juga kepada jenama ‘Sambal Ibu Sari’ yang telah menaja makanan kering.

“Beras pula adalah hasil sumbangan orang ramai yang dikumpulkan oleh PAS Kawasan Masjid Tanah,” ujar Asri ketika ditemubual Wartawan Rakyat Melaka (WARM) usai program ini.

Asri yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah itu memaklumkan bahawa sebanyak 10 kit telah berjaya diagihkan untuk 10 buah keluarga golongan B40, asnaf dan warga emas di kampung ini.