Home Berita PAS Melaka

Dr Zuhdy rasmi mesyuarat agung PAS Kawasan Masjid Tanah

617
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 26 Julai : Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdy Marsuki telah merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Masjid Tanah kali ke 38 yang berlangsung di Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi Pengkalan Balak di sini sebentar tadi.

Majlis perasmian dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh adik Abdul Aziz Imran diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman sebelum Dr Zuhdy menyampaikan ucapan perasmiannya.

Antara tetamu kehormat yang hadir dalam majlis perasmian ini ialah Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, YB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah, YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin, sementara Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Wan Zahidi Wan Ismail pula hadir sebagai wakil dari Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka.

Selain dari wakil parti-parti rakan Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional, turut hadir ialah wakil NGO ISMA dan PERAWAN (Persatuan Anak Melaka di Perantauan).


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)