Dr Che Faridah Terima Anugerah Presiden
Konvokesyen Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM) PAS Pusat kali ke 13 telah berlangsung pada 20 Oktober 2018 Bersamaan 10 Safar 1440H
Di Dewan Dato’ Hj. Fadhil Mohd Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar.
Majlis gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS merangkap Penaung Lembaga Pengarah ILHAM.
Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr Che Faridah Ismail selaku Bendahari DMPM yang telah dipilih untuk menerima Anugerah Presiden pada majlis konvokesyen ILHAM kali ini. Disamping kecemerlangan beliau sepanjang mengikuti program ILHAM,sumbangan besar beliau kepada PAS dan juga masyarakat adalah antara faktor Dr Che Faridah dipilih untuk menerima Anugerah Presiden ini.
Berikut dilampirkan bersama butiran bagi penerima Anugerah Presiden:
DR. CHE FARIDAH BINTI ISMAIL
1) Pencapaian Akademik : 82.82 %
2) Komitmen Dengan Parti
i. Bendahari Dewan Muslimat PAS Malaysia
ii. Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu
iii. Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus, Terengganu
3) Penglibatan Dengan Masyarakat
i. Ahli PAPISMA dan aktif dalam aktiviti-aktiviti kebajikan
ii. Bekas Pengamal Perubatan (25 tahun)
iii. Bekas Pemilik Klinik An Nisa’ , Pekan Batu Enam, Terengganu
4) Komitmen Keluarga
i. Suami bernama Ustaz Che Alias bin Mamat (Guru Agama di Sekolah)
ii. Mempunyai 2 orang anak yang telah berkahwin (lepasan Pengajian Islam)
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga”
(Hadith Riwayat Muslim)
Muslimat PAS sekali lagi mengucapkan tahniah buat Dr Che Faridah di atas anugerah yang telah disandang. Semoga pengorbanan dan kejayaan beliau dapat menjadi inspirasi buat muslimat PAS yang lain terutama generasi muda untuk menyambung pelajaran di ILHAM.
“Islam Memimpin”
“Muslimat Istiqamah Memacu Kemenangan”
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
14 Safar 1440
23 Oktober 2018