Home Kenyataan Media PAS Terengganu

DPPNT kecam keras tindakan biadap zionis terhadap umat Islam di Aqsa

33
SHARE
Mohd Harun Esa – Ketua Pemuda Pas Terengganu

DPPNT KECAM KERAS TINDAKAN BIADAP ZIONIS TERHADAP UMAT ISLAM DI MASJIDIL AQSA

1. Dewan Pemuda PAS Terengganu (DPPNT) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim dan tidak
berperikemanusiaan ke atas umat Islam di Palestin, terutamanya di Bulan Ramadan yang penuh barakah ini.

2. DPPNT juga berpandangan tindakan Zionis Israel yang saban tahun akan melakukan perbuatan keji membantai umat Islam ini mesti dipandang serius oleh Pertubuhan Islam Antarabangsa khususnya OIC bagi mengekang kezaliman ini.

3. DPPNT ingin menyeru dan mengajak seluruh pemuda di Terengganu dan Malaysia untuk bersama mengecam tindakan yang tidak bermaruah ini.

4. Tindakan zionis israel yang tidak pernah diiktiraf negaranya ini, telah menyebabkan hampir 300 orang cedera. Malah terdapat kes seorang pemuda yang cuba menyelamatkan seorang wanita terbunuh, akibat dari PERBUATAN KEJAM & BIADAP tentera penjajah zionis ini.

Mohd Harun Esa
Ketua Pemuda PAS Terengganu