Home Kenyataan Media PAS Perlis

DPPNPs Kesal Pergaulan Bebas Melampau Dalam Program Universiti

758
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERLIS
DPPNPs KESAL PERGAULAN BEBAS MELAMPAU SEMASA MAJLIS PENUTUPAN IMTGT VARSITY CARNIVAL 2018

1. Universiti merupakan gedung ilmu yang membina generasi pelapis negara dan seharusnya berperanan menyuburkan budaya intelektual dalam kampus.

2. Budaya hedonisme iaitu hiburan melampau dalam kalangan mahasiswa bukanlah sesuatu yang sihat kerana budaya tersebut membawa kepada pelbagai gejala negatif termasuklah pergaulan bebas yang melanggari syariat Islam serta adat.

3. DPPNPs amat kesal kerana penganjur Majlis Penutupan IMTGT Varsity Carnival 2018 di Dewan Seri Semarak, UiTM Cawangan Perlis pada 25 Julai 2018 tidak sensitif terhadap aspek kawalan penonton sehingga menyebabkan berlakunya percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram yang bertentangan dengan syariat Islam.

4. DPPNPs juga kesal apabila terdapat unsur konsert liar apabila majlis penutupan itu tamat dan mahasiswa menari bercampuran lelaki dan perempuan di dalam dewan tersebut.

5. DPPNPs berharap agar perkara seumpama ini tidak berulang lagi.

6. PAS tidak pernah menghalang hiburan kerana hiburan merupakan sebahagian daripada fitrah manusia tetapi sebarang bentuk hiburan mestilah mengikut lunas-lunas syariat.

7. Justeru DPPNPs menggesa agar Kementerian Pendidikan dibawah kepimpinan YB Dr. Maszlee Malik agar memandang serius pelaksanaan program-program berunsurkan hiburan bagi memastikannya menepati kehendak syariat dan bersesuaian dengan nilai-nilai budaya tempatan .

8. DPPNPs turut menggesa pihak-pihak yang berkaitan agar menyediakan garis panduan yang jelas berkaitan penganjuran majlis-majlis hiburan dalam sebarang program universiti.

HAZIQ ASYRAF BIN DUN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis
31 JULAI 2018 M / 18 ZULKAEDAH 1439H