Bagi menyemarakkan lagi gerak kerja pilihanraya, khususnya berkaitan penerangan dan media kreatif, Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis akan mengadakan Bengkel Penulisan, Infografik dan Poster pada 3 Jun 2017 ini.
Program yang dijangka akan menghimpunkan para petugas penerangan daripada daripada seluruh lajnah dan jabatan dalam PAS Perlis ini akan diadakan di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS).
Menurut pengarah program, Saudara Haziq Dun, matlamat penganjuran program ialah bagi menyelaraskan gerak kerja berkaitan penghasilan produk-produk penerangan serta memberikan bimbingan kepada para peserta akan cara-cara penghasilan media penerangan yang bersifat kreatif.
Tambah beliau lagi, penghasilan produk penerangan dalam bentuk yang kreatif seperti poster dan infografik amat penting kerana ia dapat membantu memudahkan para pembaca memahami isu atau mesej yang ingin disampaikan.
“Pada hari ini, kita menyaksikan media kreatif mengatasi bahan penerbitan yang bersifat konvensional dalam mempengaruhi minat dan kepercayaan audien serta pembaca, justeru cabaran terbesar buat kami adalah bagi memastikan seluruh jentera penerangan dalam PAS mampu menerbitkan bahan-bahan kreatif seperti ini.
“Kita berharap, menerusi penganjuran program ini, para petugas penerangan kita akan lebih agresif dalam penerbitan
produk-produk penerangan yang kreatif dan berkualiti untuk disebarluaskan kepada masyarakat.”
{jathumbnail off}