Home Berita Dewan Pemuda PAS Malaysia

DPPM | Beri Bonus Raya dan Kenaikan 10% Gaji kepada Pegawai

771
SHARE


DPPM BERI BONUS RAYA SATU BULAN GAJI DAN KENAIKAN GAJI 10% KEPADA PEGAWAI

Alhamdulillah atas segalanya. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) semalam telah mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama Pegawai dan Majlis Ringkas penyerahan Bonus Khas sempena ‘Eidul Fitri 1438H bertempat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Majlis diadakan sebelum Mesyuarat Harian DPPM.

DPPM bersetuju memberi sebulan penuh gaji untuk Bonus Raya kepada semua pegawai yang bertugas di Pejabat DPPM, Tingkat 2, Pejabat Agung PAS. DPPM juga telah bersetuju untuk memberi kenaikan gaji tahunan sebanyak 10% yang berkuatkuasa 1 Jun 2017 yang lepas kepada semua pegawai sebagai menghargai perkhidmatan cemerlang mereka dan komitmen berterusan mereka dalam menjalankan amanah. Ini merupakan 3 tahun berturut-turut DPPM berbuat demikian.

Ketua Pemuda, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi sendiri telah menyampaikan serahan bonus tersebut. Turut hadir barisan pimpinan Harian DPPM: Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin (Timbalan Ketua Pemuda), Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden (Setiausaha), Sdr Muhtar Suhaili As-Sarawaki (Bendahari), YB Ustaz HishamuddinAbdul Karim (Ketua Penerangan), Sdr Nurul Islam Mohamed Yusoff (Pengarah Pilihanraya), Sdr Syahir Che Sulaiman (Penolong Setiausaha 1) dan Ir. Hadi B Amat (Penolong Setiausaha 2).

Semoga kita terus beroleh motivasi dan semangat untuk giat bekerja dan menyumbang untuk mendaulatkan perjuangan Islam liridhalLah.

Ramadhan Kariim. Siiru ‘ala barakatillah, teruskan perjuangan

#MaraMenujuCita
#SejahteraBersamaIslam
#BeristiqamahHinggaKemenangan