Home Berita PAS Selangor

DHPP Kota Raja terus jejaki keluarga susah – DHPP Kawasan Kota Raja

16
SHARE

“PAS For All” | Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Kota Raja | Dewan Himpunan Pendukung PAS Kawasan Kota Raja tidak pernah berhenti dalam menjejaki individu dan keluarga yang susah untuk disampaikan sumbangan bantuan kepada mereka.

Gerak kerja kebajikan dengan gandingan PAS Kawasan Kota Raja dan NGO KRCAmalSelangor diteruskan semenjak PKP 1.0 lagi pada tahun lepas sehingga kini PKP 3.0. Aktiviti kebajikan diteruskan secara istiqamah menyantuni rakyat tanpa menanti sebarang kibaran bendera putih yang hangat dikatakan kini.

Maklumat-maklumat yang diterima samada melalui orang ramai, jiran tetangga, melalui telefon daripada yang mempunyai maklumat, juga hasil siasatan dan gerak jejaki mereka yang susah melalui ahli-ahli PAS dan DHPP yang seakan menjadi ejen membantu untuk mendapatkan maklumat.

DHPP dan Kawasan Kota Raja meletakkan slogan iaitu samada kalah atau menang kebajikan tetap diteruskan. PAS FOR ALL

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor