Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Dong Jiao Zong Buat Hal Lagi!

530
SHARE

Dong Jiao Zong Buat Hal Lagi!

Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, semua kaum termasuk Cina dan India telah bersetuju untuk menghormati dan mengiktiraf aspirasi negara untuk mengangkat budaya melayu sebagai simbol atau lambang negara ini.

Tulisan Jawi atau Khat adalah warisan seni Melayu yang perlu dipertahankan dan wajar diketahui oleh rakyat negara ini. Usaha kerajaan memasukkan bab tulisan jawi dalam buku teks Bahasa Melayu adalah satu usaha yang wajar disokong dan didokong oleh seluruh rakyat Malaysia.

Tindakan Persatuan Cina Dong Jiao Zong (Dong Zong) menggerakkan petisyen bantahan dan kemuncaknya akan ada satu himpunan besar-besaran pada 28 Disember ini adalah sesuatu yang memalukan dan wajar dibantah. Himpunan yang bakal diadakan dikhuatiri menjadi ancaman kepada keharmonian kaum di negara ini.

Dewan Muslimat PAS Malaysia terkilan dengan tindakan Dong Zong kerana jelas memperlihatkan sikap melampau dan tidak bertoleransi.

Muslimat PAS menyeru Dong Zong agar tidak menimbulkan amarah rakyat dan jangan bersikap ego yang terlampau dengan bermusuhan serta menimbulkan kebencian sesama kaum dan bangsa di bumi Malaysia.

Justeru, Muslimat PAS mendesak pihak berwajib mengambil tindakan untuk menghalang himpunan ini daripada diteruskan demi mengelakkan keadaan bertambah huru-hara dan kacau bilau.

#Islam Memimpin,Wanita Sejahtera.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh,
Ketua ,
Dewan Muslimat PAS Malaysia.
26 Rabiul Akhir 1442
23 Disember 2019