Home Artikel PAS Sabah

PAS Libaran bantu ringankan beban asnaf menjelang sesi persekolahan 2020

189
SHARE

Oleh : Junid Azam

23 Disember 2019

SANDAKAN : Menjelang tahun 2020, PAS Libaran telah mengadakan program agihan bantuan berbentuk beg dan alatan persekolahan kepada 20 orang penerima yang terdiri daripada golongan asnaf dalam kawasan Libaran.

Bantuan itu diserahkan sendiri oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Libaran, Abdul Waheed Mohamad dalam Program ‘Back To School’ 2.0 anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakat PAS Kawasan Libaran di sini, kelmarin

Berucap dalam program yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat PAS Libaran tersebut, Abdul Waheed memberitahu hadirin yang hadir bahawa PAS Libaran komited dalam membantu masyarakat setempat khususnya yang melibatkan aspek kebajikan.

“Walaupun sumbangan ini tidaklah banyak seperti yang diberikan oleh pihak kerajaan, tetapi kita mengharap sumbangan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban kos sara hidup menjelang musim persekolahan yang bakal berlangsung dalam dua minggu lagi.” Jelas Abdul Waheed

Terdahulu, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Libaran, Huseen Rahim mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang dan membantu dalam menjayakan program kali sama ada secara langsung ataupun tidak.

“Kami mengharap lebih banyak sumbangan – sumbangan yang diberikan oleh masyarakat untuk kita berkongsi dengan mereka yang memerlukan.” Tambah Huseen.

Turut hadir dalam majlis serahan ini adalah Ketua Penerangan PAS Libaran, Salman Darwis, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Libaran, Ummi Syafiqah Jamal.