Home Berita PAS Selangor

Bakti Tabung Covid-19 PKP 3.0 kepada rakyat Hulu Langat – Penyelaras KM Hulu Langat

84
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Langat

Oleh : Shahril Adha Zamhury
Penyelaras Khidmat Malaysia Hulu Langat

HULU LANGAT, 27 Julai – Program agihan bantuan kebajikan hasil Tabung Covid-19 PKP 3.0 telah diteruskan lagi oleh PAS Kawasan Hulu Langat bersama Khidmat Malaysia Hulu Langat. Untuk makluman, Tabung Covid-19 PKP 3.0 ini melibatkan seluruh agensi di bawah naungan PAS Kawasan Hulu Langat.

Agensi tersebut meliputi, Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Hulu Langat dan Lajnah Kebajikan Dewan-Dewan, PAS cawangan-cawangan, Team Pemuda PAS Hulu Langat, Jabatan Amal, Halwa, Briged Muslimat serta Team Ameerah.

Para penerima akan menerima bantuan bakul makanan dengan nilai RM40 hingga RM50 setiap satu, ada juga penerima yang menerima keperluan wang tunai, bantuan susu bayi, lampin pakai buang untuk bayai dan juga orang tua mengikut keperluan. Bantuan peranti pembelajaran PdPR turut diberikan.

Dilaporkan setakat ini, DUN dan cawangan dibawah Parlimen Hulu Langat seperti Dusun Tua dan Semenyih masing-masing melaporkan bantuan telah disampaikan kepada 172 dan 124 isi rumah. Jumlah kumulatif bantuan yang diagihkan (PKP 3.0) sejak 1 Jun 2021 hingga 20 Julai 2021 kepada 762 penerima dengan perbelanjaan sebanyak RM47,005.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah berusaha dalam melaksanakan kerja-kerja amal kebajikan ini untuk terus berjalan membela nasib mereka-mereka yang memerlukan.

Dikhabar kini keadaan tabungan PAS Kawasan Hulu Langat adalah sangat terhad tetapi masih lagi menerima permintaan bantuan yang tinggi daripada rakyat yang memerlukan. Sumbangan daripada tuan-puan yang dermawan ini adalah nadi terakhir nasib mereka yang memerlukan ini.

Sumbangan boleh disalurkan ke :-

Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
No. akaun : 12092010016774
Akaun : PAS KAWASAN HULU LANGAT

Sila maklum pada Ust Abd Rahman ditalian 017-6828932 untuk direkodkan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor