Home Berita PAS Melaka

Doakan mangsa kebakaran Kampung Serkam Darat agar diberi kekuatan – Kintan

89
SHARE
Kintan Man (kiri sekali) dan rombongan bersama salah seorang ahli keluarga mangsa semasa lawatan tersebut di hadapan rumah yang musnah dijilat api

Oleh IBNU JANIE

JASIN, 14 Ogos: “Mereka reda dengan ketentuan ini, cuma mereka harap sangat daripada kita dan memohon kita semua berdoa agar Allah memberi kekuatan kepada mereka.”

Demikian dinyatakan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM), Kintan Man, mengulas tentang ziarah yang dilakukan ke atas mangsa kebakaran di Kampung Serkam Darat pada Jumaat petang, 12 Ogos lepas.

“Saya berasa amat simpati kepada tuan rumah serta famili dan mengucapkan takziah di atas musibah yang ditempuhi,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada WARM-Berita PAS semalam.

Kintan yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Jasin (DMPKJ) dalam kenyataannya itu turut menyeru agar semua pihak agar sentiasa berhati-hati dengan isu berkaitan pendawaian elektrik yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan seperti ini.

“Di kesempatan ini, saya menyeru kepada semua khususnya ketua keluarga bagi mengutamakan keselamatan keluarga khususnya yang berkaitan dengan pendawaian elektrik sebagai usaha mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini,” ujarnya lagi.

Beliau dalam lawatan itu turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM500 daripada DMPNM dan DMPKJ kepada keluarga mangsa.

Turut serta dalam lawatan ini ialah Ketua Srikandi Bersatu Melaka, Azalina Abdul Rahman, Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Melaka, Musainah Ibrahim dan beberapa orang pimpinan Muslimat PAS tempatan.

Semua ahli dan penyokong PAS dijemput menghadiri Majlis Himpunan.5K dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Negeri Melaka pada Rabu, 17 Ogos 2022, 9.00 malam di perkarangan Pejabat PAS Negeri Melaka, yang akan disempurnakan oleh Timbalan.Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man. 

 

Sementara itu Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 1 (PBK 1) Dzulkarnain Abdul Halim dalam kenyataan kepada media sebelum ini memaklumkan bahawa sebuah rumah, tiga motosikal dan sebuah kereta musnah dalam kebakaran itu yang berlaku di Kilometer 18, Kampung Serkam Darat pada Jumaat.

Tambah Dzulkarnain, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.19 pagi Jumaat sebelum tiba di lokasi pada 11.28 pagi hari tersebut.

Katanya, dua jentera dengan kekuatan 12 anggota dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan BBP Bukit Katil dikerah ke lokasi kejadian.

Tambah beliau, ketika kebakaran berlaku terdapat seorang mangsa berusia 47 tahun di rumah dan dia sempat berlari keluar menyelamatkan diri.

Katanya lagi, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan selepas operasi pemadaman selesai operasi kebakaran terkawal pada jam 12.12 tengah hari.

 

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH