Home Berita PAS Kedah

Do and don’ts ketika Ramadan, supaya tak jadi orang yang rugi!

85
SHARE

Oleh: NOR FATIN

Allah menciptakan manusia terdiri daripada dua unsur iaitu fizikal dan roh. Oleh hal demikian tugas manusia bukan hanya menguatkan fizikal sahaja! Tetapi perlu juga untuk menguatkan roh.

Imam Ghazali mengumpamakan roh dan jasad seperti tuan dan unta. Di mana unta dijadikan sebagai alat untuk mendapat kebaikan dan manfaat seperti berdagang dan berjalan jauh. Begitulah jasad, sama tugasnya seperti unta. Roh menggunakan jasad untuk kebaikkan dan melakukan ketaatan kepada Allah.

Bilamana kita berpuasa, sifat fizikal kita pada logiknya akan lemah tetapi berbeza dengan roh. Roh akan bertambah kuat dengan ibadah.

1)Oleh itu manfaatkanlah Ramadan dengan sebaiknya kerana ianya adalah anugerah daripada Allah kepada hambanya. Ambillah kesempatan di bulan Ramadan ini untuk melakukan sebanyak mana amalan kebaikkan yang boleh kita buat! Hal ini kerana Nabi SAW bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ، إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.” [Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)]

Jadi tunggu apa lagi? Ambillah peluang selama 30 hari ini dengan bersungguh-sungguh untuk mengharapkan pengampunan dariNYA.

2) Ingat tau Ramadan hanya sekali dalam setahun. Jadi agak rugi jika kita berpuasa dengan acuh tak acuh. Jadi, supaya tidak tergolong dalam golongan orang yang rugi, di sini terdapat dua perkara yang perlu dijaga ketika berpuasa.

  • Mulut

Walaupun kita tidak boleh baca al-Quran dan zikir banyak-banyak, sekurang-kurangnya tahanlah lidah kita daripada perkara yang dapat menghapus atau mengurangkan pahala kita! Antaranya:

  1. Kizbu (dusta)
  2. Qhubah (mengumpat)
  3. Bercakap perkara yang sia-sia
  • Mata

Jaga mata kerana zaman sekarang mudah sangat untuk kita tengok, atau tertengok perkara yang lagha kerana gadjet hanya di hujung jari.

3)Perkara seterusnya yang harus dielak dalam Ramadan adalah banyak makan!

Kenapa tidak digalakkan untuk makan banyak? Kerana banyak makan dapat memberikan kita tiga kesan:

  • Makan banyak keras hati, Jika keras hati susah nak menangis! Sepatutnya bulan Ramadan kita lebih banyak menangis
  • Terlampau kenyang. Kekenyangan akan menyebabkan kita malas beribadat walaupun ibadah yang ringan seperti selawat
  • Hilang kelazatan beribadah

Siang dan malam kita jaga daripada perkara yang dapat mengurangkan pahala, jadi rugilah kalau kita tidak memanfaatkan ramadan dengan ibadah. Tambah-tambah solat teraweh, tarawehni hanya dalam bulan Ramadan saja! tiada di bulan-bulan lain ya. Jadi jangan lupa buat taraweh!

PENUTUP

Jadi kesimpulannya di sini, mungkin ada beberapa perkara di atas yang kita sudah terbiasa dan susah untuk meninggalkannya seperti makan yang berlebihan, bercakap sia-sia dan melihat perkara yang tidak berfaedah. Tetapi kita sebagai hamba cubalah bersungguh-sungguh meminta pertolongan daripada Allah untuk kita perolehi kusyuk dan diberi kemudahan pada Ramadan kali ini. Semoga puasa kita puasa yang diterima dan diredhai oleh Allah, bukan puasa yang hanya lapar dan dahaga.

Isi diambil daripada Tazkirah Ramadan PAS Kedah yang disampaikan oleh Utaz Hakim ditulis semula mengikut cara penulis.