Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak (DMPNS) ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Malaysia 2017 kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat di negeri Sarawak.
Pengertian Merdeka yang saban tahun kita sambut perlu dihayati dan diterjemahkan dengan cara kita menjaga kesucian Islam dan keharmonian negara yang kita diami sekarang.
Semangat cintakan negara yang disemat dalam diri setiap daripada kita sejak zaman nenek moyang dahulu perlulah diteruskan malah diperdalami dalam usaha untuk memperbaiki diri dan masyarakat ke arah menjadi insan yang berakhlak mulia.
Laungan Merdeka yang kita dengar adalah seruan untuk kita sama-sama merdekakan diri dan minda dari dibelenggu penjajah lebih-lebih lagi dari penjajahan moden di dalam dunia yang serba canggih dan berteknologi tinggi ini.
Justeru, sempena sambutan Hari Malaysia 2017 ini DMPNS ingin menyeru kita semua untuk sama-sama berusaha membantu membina akhlak dan syahsiah masyarakat ke arah yang lebih baik dalam usaha membentuk negara Islam yang sempurna.
Selamat Hari Malaysia.
Negaraku, Sehati Sejiwa!
#SejahteraBersamaIslam
#MuslimatMemacuKemenangan
Dewan Muslimat PAS Negari Sarawak.