DMPM SOKONG PEMAKAIAN SERAGAM PATUH SYARIAH UNTUK PRAMUGARI
“Sesungguhnya Allah suka kalau keringanan-keringanan-Nya dimanfaatkan, sebagaimana Dia benci kalau kemaksiatan terhadap perintah-perintahNya dilakukan” (Hadis Riwayat Ahmad, dari Ibn ‘Umar ra.).
Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) sangat menyokong penuh dengan cadangan
Senator Dewan Negara, Hanafi Mamat
pada perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 di Dewan Negara, beberapa hari lalu.
Pemakaian patuh syariah inj juga tidak akan merugikan syarikat penerbangan, malah akan memperlihatkan imej Islam di mata dunia dan mencerminkan negara Malaysia yang memartabatkan agama Islam dalam aspek pemakaian.
Mutakhir ini juga banyak kes ganguan seksual di tempat kerja diterima oleh majikan dan pihak tertentu. Gangguan ini terus berlaku sama ada di dalam premis syarikat, di dalam pengangkutan awam, serta kadangkala di tempat terbuka yang sesak dengan orang ramai.
Menurut statistik polis, pada 2014 terdapat 4,807 kes yang keganasan rumah tangga yang dilaporkan, 2,045 rogol dan 1,590 kes gangguan seksual (Sumber daripada Laporan Hak Asasi Manusia Malaysia 2015).
Justeru, langkah patuh syariah untuk pemakaian pramugari sangat disokong oleh DMPM agar kejadian yang sebegini tidak akan berlaku dan dapat menjadikan kaum wanita khususnya lebih selesa di tempat kerja masing-masing.
Hal demikian juga perlu diperluaskan kepada sektor kerajaan, swasta dan semua pihak agar sistem pemakaian patuh syariah terutama kepada organisasi yang dimiliki oleh orang Islam sewajarnya telah mengamalkan sistem ini.
Sabda Rasulullah S.A.W : “Sungguh mengagumkan urusan orang mukmin, sungguh semua urusannya baik baginya, yang demikian itu tidaklah dimiliki seorang pun kecuali hanya orang yang beriman. Jika mendapat kebaikan (kemudian) ia bersyukur, maka itu merupakan kebaikan baginya, dan jika keburukan menimpanya (kemudian) ia bersabar, maka itu merupakan kebaikan baginya.” (Hadis Riwayat
Muslim)
“Sejahtera Bersama Islam”
“Muslimat Memacu Kemenangan”
PUAN SALAMIAH MOHD NOOR
Naib Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
2 Rabiul Akhir 1439H
21 Disember 2017